DUNIA

NIAGA HADAPAN FBM KLCI DITUTUP RENDAH

29/04/2025 08:06 PM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai. 

Kontrak April 2025 susut 5.5 mata kepada 1,516.5, Mei 2025 dan Jun 2025 turun 8.5 mata setiap satu masing-masing kepada 1,510.5 dan September 2025 berkurangan 7.0 mata kepada 1,496.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 25,516 lot daripada 64,160 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka turun kepada 63,011 kontrak daripada 112,276 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 6.03 mata kepada 1,515.56 daripada paras penutup 1,521.59 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan