DUNIA

PASARAN GETAH DITUTUP RENDAH SEIRING PRESTASI NIAGA HADAPAN SERANTAU

25/04/2025 05:31 PM

Oleh Rosemarie Khoo

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia mengakhiri dagangan Jumaat dengan lebih rendah, menjejaki prestasi niaga hadapan serantau bagi komoditi itu selain pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran kekal suram di tengah-tengah kebimbangan mengenai ketidaktentuan ekonomi global susulan ketegangan perang dagangan dan geopolitik yang meruncing.

“Bagaimanapun, penyusutan seterusnya dapat dikekang oleh peningkatan harga minyak serta sentimen optimis berkaitan pemulihan ekonomi China yang disokong oleh langkah-langkah rangsangan,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia SMR 20 turun 4.0 sen kepada 752.50 sen sekilogram manakala lateks pukal turun 5.0 sen kepada 625.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan