DUNIA

SEKATAN VAKSIN POLIO OLEH ISRAEL JEJASKAN 602,000 KANAK-KANAK GAZA, BERISIKO LUMPUH KEKAL

22/04/2025 11:10 PM

GAZA, 22 April (Bernama-WAFA) -- Kira-kira 602,000 kanak-kanak di Semenanjung Gaza berdepan risiko lumpuh kekal dan kecacatan kronik susulan penggantungan penghantaran vaksin polio selama 40 hari oleh pihak berkuasa Israel, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan.

Menurut laporan itu, sumber berkenaan menjelaskan bahawa sekatan terhadap penghantaran vaksin menghalang pelaksanaan fasa keempat usaha memperkukuh pencegahan polio.

Mereka turut memaklumkan bahawa kanak-kanak di Gaza kini berdepan ancaman komplikasi kesihatan serius dan luar biasa akibat kekurangan makanan dan air minuman yang mencukupi.

-- BERNAMA-WAFA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan