KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda hari ini.
Menerusi catatan di Facebook, Anwar mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku Syed Sirajuddin serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perlis Indera Kayangan dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku," kata beliau.
-- BERNAMA