POLITIK

UMNO GUNA STRATEGI 'MAN-TO-MAN MARKING' DI AYER KUNING

16/04/2025 11:56 AM

TAPAH, 16 April (Bernama) -- UMNO turun padang dengan strategi ‘man-to-man marking’ dalam memenangi hati pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pendekatan itu dilihat lebih efektif dalam membina hubungan peribadi serta keyakinan pengundi terhadap calon Barisan Nasional (BN).

“Kita buat man-to-man marking, seorang (jentera) jaga 10 (pengundi), kerana ia lebih efektif, sebab itu kita tidak banyak buat ceramah mega dan ceramah,” katanya pemberita ketika ditemui sedang berkempen bersama calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir di Taman Bidor Botani di sini malam tadi.

Beliau berkata kempen BN juga bersifat politik matang tanpa menyerang peribadi lawan.

PRK Ayer Kuning pada 26 April ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS (Parti Sosialis Malaysia).

-- BERNAMA

 

 

 


 

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan