Menurut Agensi Berita Qatar, OCHA dalam kenyataannya memaklumkan "situasi kemanusiaan kini berkemungkinan paling teruk dalam tempoh 18 bulan sejak konflik bermula," sambil menekankan bahawa tiada penghantaran bantuan telah memasuki Gaza selama sebulan setengah - tempoh paling lama setakat ini.
Israel telah menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan sejak 2 Mac dan telah menutup semua lintasan sempadan ke Gaza. Operasi ketenteraan disambung semula pada 18 Mac berikutan gencatan senjata selama dua bulan.
OCHA juga menyatakan bahawa, disebabkan penutupan lintasan sempadan dan sekatan pergerakan dalaman menyebabkan kekurangan bekalan kritikal yang memaksa pihak berkuasa mengurangkan dan mencatu penghantaran bantuan.
-- BERNAMA-QNA