AM

ANWAR, KELUARGA UCAP TAKZIAH ATAS PEMERGIAN SENIMAN LEGENDA INDONESIA TITIEK PUSPA

13/04/2025 05:12 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga mengucapkan takziah atas pemergian seniman legenda Indonesia Titiek Puspa, yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia seni dan budaya Nusantara.

“Kenangan menonton filem ‘Tiga Dara’ bersama bonda masih segar dalam ingatan, lantas memperkenalkan saya kepada bakat dan pesona beliau.

“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” menurut Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.  

Penyanyi, penulis lagu dan pelakon legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun akibat penyakit angin ahmar di Jakarta Selatan, pada Khamis. 

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan