WILAYAH - TIMUR > BERITA

WANITA WARGA EMAS DITEMUKAN LEMAS DALAM PERIGI

22/05/2025 05:32 PM

KOTA BHARU, 22 Mei (Bernama) -- Seorang wanita berusia 79 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur Alor Pasir, Pasir Mas, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu Mohd Zain Abu Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian melalui sistem MERS999 pada 12.35 tengah hari daripada seorang wanita.

“Jentera BBP Wakaf Bharu berserta enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira 30 kilometer dari balai, dan tiba di lokasi pada 1.17 tengah hari.

“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mangsa, Hasmah Husin telah dikeluarkan dari perigi oleh orang awam. Kematian warga emas itu disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 1.30 tengah hari.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan