WILAYAH - SARAWAK > BERITA

BOM PERANG DUNIA KEDUA DIJUMPAI DI TAPAK PEMBINAAN DI TANJUNG TOKONG

20/05/2025 08:40 AM

GEORGE TOWN, 20 Mei (Bernama) -- Sebutir bom dipercayai peninggalan Perang Dunia Kedua jenis unexploded ordnance (UXO) dan disyaki masih aktif ditemukan di tapak pembinaan di Jalan Seri Tanjung Pinang, Tanjung Tokong di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan bom itu pada 9.42 malam.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang telah dipanggil untuk memeriksa dan menyahaktifkan objek tersebut. Hasil pemeriksaan, UPB mengesahkan bahawa objek itu merupakan bom jenis UXO tinggalan Era Perang Dunia Kedua.

“Tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Rozak berkata pemeriksaan oleh UPB turut mengesahkan lokasi kejadian selamat dan bom tersebut akan dilupuskan hari ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan