WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS SAHKAN INSIDEN LORI TERBALIK, SEMUA MANGSA SELAMAT

19/05/2025 05:07 PM

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Polis mengesahkan berlakunya kemalangan membabitkan sebuah lori membawa muatan kayu yang terbalik sehingga muatan itu menghempap sebuah kereta di Jalan Bangi Lama, Kajang pada 12 Mei lepas seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata insiden berlaku kira-kira 4.15 petang apabila lori dipandu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan terbalik.

“Sebuah kereta dipandu wanita tempatan berusia 22 tahun tiba di lokasi ketika kejadian dan terkena muatan kayu yang jatuh daripada lori berkenaan.

“Kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk membuat laporan pada 13 Mei,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naazron berkata kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan dan saman telah dikeluarkan kepada pemandu lori terbabit.

Beliau menasihatkan semua pengguna jalan raya khususnya pemandu kenderaan berat supaya sentiasa memandu dengan berhemah dan berhati-hati demi keselamatan semua pihak.

-- BERNAMA

 


 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan