KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Bursa Malaysia Bhd Rosidah Baharom meletak jawatan, berkuat kuasa hari ini.
Bursa Malaysia menerusi satu makluman berkata peletakan jawatan Rosidah itu adalah atas sebab kepentingan peribadi.
“Lembaga, melalui jawatankuasa pencalonan dan ganjaran, sebelum ini telah memulakan usaha untuk mengenal pasti dan melantik CFO baharu syarikat .
“Pengumuman mengenai pelantikan baharu akan dibuat dalam masa terdekat,” kata pengendali bursa itu.
Sementara itu, Rasmona Abdul Rahman, naib presiden eksekutif kewangan kumpulan dan perkhidmatan korporat, akan menyandang jawatan pemangku CFO berkuat kuasa hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial