BEIJING, 16 Mei (Bernama-CMG) -- China memutuskan untuk melaksanakan dasar pengecualian visa kepada pengembara dari lima negara Latin Amerika dan Caribbean (LAC).
Berita itu diumumkan sempena Mesyuarat Peringkat Menteri Forum China-Komuniti Negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (CELAC) keempat yang diadakan di Beijing baru-baru ini.
Menurut keputusan itu, pemegang pasport biasa dari Brazil, Argentina, Chili, Peru, dan Uruguay yang datang ke China untuk tujuan berniaga, melancong, mengunjungi famili atau sahabat, pertukaran, dan transit selama tidak lebih daripada 30 hari, akan dikecualikan visa.
Jurucakap Kementerian Luar China Lin Jian dalam satu taklimat pada Khamis menjelaskan bahawa untuk memudahkan pertukaran lawatan sesama rakyat, kerajaan China memutuskan untuk mengecualikan visa bagi pengembara dari lima negara berkenaan, berkuat kuasa bermula 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026.
Lin menegaskan bahawa China akan mengekalkan keterbukaan bertaraf tinggi dan mengeluarkan lebih banyak dasar untuk memudahkan pertukaran lawatan antara China dengan negara luar.
Di samping itu, beliau menyatakan bahawa China mengalu-alukan lebih ramai pelancong asing untuk memanfaatkan dasar bebas visa untuk berkunjung ke China, melihat negara yang indah dan dinamik ini dengan mata sendiri.
--BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial