WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KPDN NS RAMPAS LEBIH 73,000 LITER DIESEL DALAM DUA OPERASI

15/05/2025 10:08 PM

SEREMBAN, 15 Mei (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan merampas 73,460 liter minyak diesel bernilai RM203,484.20, dalam Operasi Tiris dan Operasi Jeriji di Bukit Pelandok dan Kuala Sawah, semalam.

Pengarahnya Muhammad Zahir Mazlan berkata operasi dijalankan hasil kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah Dua Johor pada jam 9 malam itu, turut menyita empat lori dan peralatan dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM334,461.

“Menerusi operasi ini, tiga warga tempatan berusia antara 30 hingga 50-an ditahan di tempat kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan 9 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan