WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PERMOHONAN INSENTIF CEMI DIBUKA MULAI ESOK HINGGA 10 JULAI - FAHMI

14/05/2025 05:58 PM

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Permohonan bagi Insentif Konsert dan Acara Malaysia (CEMI), yang dikendalikan MyCreative Ventures dibuka mulai esok hingga 10 Julai ini.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil pada sidang media mingguannya hari ini.

Beliau berkata program insentif bagi penganjuran konsert dan acara tersebut bertujuan memacu pertumbuhan dan pembangunan industri selain menarik lebih banyak acara bertaraf antarabangsa dan berkualiti ke Malaysia.

"Inisiatif ini berpotensi untuk menjana peluang pekerjaan, meningkatkan jumlah pelancongan dan memberikan impak ekonomi yang signifikan kepada negara," katanya.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata CEMI menawarkan insentif kewangan kepada penganjur acara yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.

"Kriteria tersebut merangkumi skala acara, impak ekonomi dan peningkatan kadar pelancongan yang dijangka, penglibatan kandungan tempatan dan pematuhan kepada garis panduan program," katanya.

Maklumat lanjut mengenai panduan dan syarat permohonan disediakan di laman web www.mycreativeventures.com.my/CEMI, yang boleh diakses bermula tengah malam ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan