KOTA KINABALU, 8 Mei (Bernama) -- Seramai 172 mangsa banjir daripada 57 keluarga di Sabah masih berada di satu pusat pemindahan kekal (PPK), setakat pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan PPK yang masih beroperasi di Selagon.
“PPK yang dibuka pada 3 Mei masih dibuka, berikutan 10 buah kampung di daerah Beaufort masih terjejas dengan bencana banjir,” menurut kenyataan itu.
Berdasarkan laman web rasmi Jabatan Meterologi Malaysia, beberapa kawasan Sabah hari ini, pada sebelah pagi diramalkan berlaku ribut petir di beberapa tempat.
Ribut petir di beberapa tempat di kawasan pedalaman pada waktu petang dan malam juga diramalkan hujan di beberapa tempat di kawasan pedalaman dengan suhu antara 21 hingga 33 darjah celsius.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial