WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KES BUNUH DI SEMENYIH: WANITA, ANAK SAUDARA LEMAS AKIBAT BEG PLASTIK

05/05/2025 10:12 PM

KLANG, 5 Mei (Bernama) -- Polis mengesahkan kematian seorang wanita dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih, April lepas adalah disebabkan kelemasan akibat beg plastik.

Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan berkata dapatan itu diperoleh selepas pihaknya menerima laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas kedua-dua mayat mangsa.

"Hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang mendapati punca kematian mereka adalah disebabkan lemas akibat beg plastik.

"Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini.

Pada 26 April lepas, bau busuk di sebuah rumah di Semenyih membawa kepada penemuan mayat dua bersaudara berusia 53 dan 25 tahun itu, yang dipercayai dibunuh. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan