WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PENDAKI MALAYSIA JATUH DI LALUAN GUNUNG RINJANI, OPERASI MENYELAMAT SEDANG DIJALANKAN

03/05/2025 10:59 PM

Oleh Mohd Iswandi Kasan Anuar

JAKARTA, 3 Mei (Bernama) -- Seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12 tengah hari waktu tempatan, menurut pihak berkuasa taman negara.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan pelbagai agensi melibatkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.

“Mangsa masih berada di lokasi kejadian dan sedang dibantu oleh ketua rombongan serta tiga anggota daripada pasukan pendakian,” kata Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam kenyataan pada Sabtu.

Pihak taman negara menjelaskan pendaki, yang dikenali dengan inisial RAG, dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip oleh seorang juru pandu dari agensi pendakian, Juan Adventure Rinjani.

RAG memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

“Pendakian adalah satu pengembaraan, tetapi keselamatan adalah keutamaan,” kata pihak taman negara, sambil menggesa semua pendaki untuk sentiasa peka, saling membantu, dan menghormati alam sekitar.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan