WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PRU2025 SINGAPURA: LIMA TAPAK PERHIMPUNAN DILULUSKAN UNTUK MALAM KEPUTUSAN

02/05/2025 05:55 PM

SINGAPURA, 2 Mei (Bernama) -- Calon, penyokong dan orang ramai dibenarkan berkumpul di lima tapak yang diluluskan pada malam Sabtu bagi menantikan keputusan Pilihan Raya Umum Singapura (PRU2025).

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, pihak polis memaklumkan bahawa permit telah dikeluarkan untuk tapak perhimpunan terlibat, yang akan dibuka mulai penutupan pusat pengundian pada pukul 8 malam sehingga 30 minit selepas keputusan akhir diumumkan.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah telah diberikan permit untuk tiga tapak iaitu Stadium Bedok, Stadium Bukit Gombak dan Stadium Yio Chu Kang.

Parti Demokratik Singapura (SDP) pula akan mengadakan perhimpunan di Stadium MOE (Evans), manakala Parti Pekerja (WP) akan berkumpul di Stadium Serangoon.

Sebanyak 13 tapak telah ditetapkan sebagai pusat perhimpunan pada malam pilihan raya, dan parti-parti politik perlu memohon permit bagi menggunakannya.

Lebih 2.75 juta pengundi layak akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu, dengan 206 calon bertanding merebut 92 kerusi Parlimen susulan kemenangan tanpa bertanding di kawasan Marine Parade–Braddell Heights.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan