WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM ANWAR UCAP TAHNIAH KEPADA MARK CARNEY ATAS KEMENANGAN PILIHAN RAYA KANADA

29/04/2025 09:46 PM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kanada Mark Carney atas kemenangan beliau dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada.

Anwar berkata bahawa beliau bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Carney, bagi terus memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara, termasuk melalui Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).

Beliau berkata pilihan raya itu juga menandakan satu permulaan baharu bagi Kanada dan mengesahkan komitmen negara itu terhadap kemerdekaan, daya tahan dan kepimpinan berprinsip dalam masa yang tidak menentu.

“Kami yakin bahawa di bawah kepimpinan beliau, Kanada akan kekal sebagai satu suara yang kuat dan mantap dalam usaha melibatkan diri secara konstruktif di peringkat antarabangsa.

“Dunia mesti terus menegakkan perdagangan antarabangsa sebagai pemacu kepada kemakmuran dan kestabilan bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Media hari ini melaporkan bahawa Carney telah memenangi pilihan raya di Kanada dan akan meneraju Parti Liberalnya untuk satu lagi penggal pemerintahan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan