WILAYAH - SARAWAK > BERITA

AHMAD ZAHID ZAHIR PENGHARGAAN KEPADA DUTA MESIR BANTU PERKUKUH HUBUNGAN DUA HALA

29/04/2025 08:00 PM

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada Duta Besar Mesir ke Malaysia Ragai Tawfik Said Nasr atas peranan aktifnya dalam memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Mesir.

Ahmad Zahid berkata sepanjang perkhidmatan Ragai Tawfik di Malaysia selama hampir empat tahun yang akan berakhir esok, pelbagai kemajuan dalam banyak bidang kerjasama Malaysia-Mesir dicatatkan termasuk pendidikan, perdagangan dan hal ehwal Islam.

Beliau berkata selain itu usaha bersama memperjuangkan isu kemanusiaan di peringkat serantau dan global khususnya berkenaan Palestin.

"Saya mendoakan agar Ragai Tawfik terus diberi kesihatan, kekuatan dan kejayaan dalam apa jua tanggungjawab yang akan digalas selepas ini.

"Persahabatan antara Malaysia dan Mesir, insya-Allah, akan terus utuh dan berkembang lebih kukuh dengan semangat saling menghormati dan kerjasama yang berterusan," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Menerusi hantaran sama, Ahmad Zahid turut berkongsi beberapa keping gambar beliau menerima kunjungan perpisahan daripada Ragai Tawfik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan