BEIJING, 28 April (Bernama-CMG) -- Kerajaan China pada Ahad memperkenalkan siri langkah baharu untuk mengoptimumkan dasar bayaran balik cukai pelepasan sebagai usaha merangsang perbelanjaan pengembara asing.
Langkah berkenaan termasuk menurunkan perbelanjaan minimum untuk bayaran balik cukai pelepasan dan melaksanakan model “rebat semasa belanja” yang membolehkan pelawat asing menuntut rebat cukai serta-merta di kedai bebas cukai di seluruh negara.
Pengembara asing boleh memohon bayaran balik cukai pelepasan sekiranya berbelanja sekurang-kurangnya 200 yuan (RM119.7) di kedai sama pada hari sama, berbanding 500 yuan (RM299.3) yang ditetapkan sebelum ini.
Pada masa ini, China menawarkan kemudahan pengecualian visa sepihak kepada 38 negara serta transit tanpa visa selama 240 jam atau 10 hari kepada 54 negara.
Data rasmi menunjukkan China menerima kedatangan pengembara asing seramai 9.215 juta bagi suku pertama 2025, meningkat 40.2 peratus tahun ke tahun.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial