WILAYAH - SARAWAK > BERITA

WARGA EMAS MAUT DALAM KEMALANGAN DI KUALA KRAI

22/04/2025 09:24 PM

KOTA BHARU, 22 April (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Sungai Embak-Bukit Arang, Kuala Krai, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Mazlan Mamat berkata ketika kejadian pada 1.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 76 tahun menunggang motosikal Honda AFS 1110 bersendirian.

Siasatan awal mendapati mangsa datang dari arah Bukit Arang menuju ke Sungai Embak telah melanggar cermin sisi kanan Proton Gen 2 yang datang dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Embak ke Sungai Durian.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa gagal mengawal motosikalnya sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Mangsa disahkan maut di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai atau Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Amirul Izham Azlan di talian 09-9666222.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan