WILAYAH - SARAWAK > BERITA

POLIS TAHAN WANITA KES PUKUL ANAK DI PREMIS DOBI LAYAN DIRI

22/04/2025 09:09 AM

CHUKAI, 22 April (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita kerana disyaki memarahi dan memukul kanak-kanak perempuan di sebuah premis dobi layan diri di sini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata wanita berusia 45 tahun itu ditahan di rumahnya di sekitar daerah berkenaan pada 7.27 malam, semalam.

Beliau berkata penahanan itu susulan rakaman video tular menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul wanita dipercayai ibunya di sebuah kedai dobi layan diri.

"Siasatan mendapati wanita berkenaan bertindak sedemikian (memarahi dan memukul) kerana bimbang keselamatan anaknya yang berisiko dilanggar kenderaan kerana berlari-lari di hadapan kedai," katanya satu dalam kenyataan.

Mohd Razi berkata mangsa yang mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi telah menerima rawatan di Hospital Kemaman, dan kini berada di bawah jagaan bapanya.

Beliau berkata wanita terbabit ditahan reman hingga hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Polis turut meminta saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di talian 09-8592222.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan