KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri hingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu melibatkan Selangor iaitu daerah Kuala Selangor, Klang, Petaling serta Kuala Langat.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi kawasan di Negeri Sembilan iaitu di Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.
Keadaan cuaca sama dijangka melanda Melaka membabitkan Alor Gajah dan Melaka Tengah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial