WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JUMLAH MANGSA BANJIR DI JOHOR, SABAH KEKAL

20/04/2025 09:53 AM

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah tidak berubah pagi ini.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa yang masih berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat kekal 25 orang daripada sembilan keluarga hingga 8 pagi ini.

"Selain itu, kawasan yang masih lagi terjejas ialah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar, " katanya dalam kenyataan hari ini. 

Azmi berkata hanya Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 8.56 meter iaitu trend menurun. 

Beliau berkata cuaca di 10 daerah di Johor diramalkan cerah pagi ini. 

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort kekal 155 mangsa daripada 54 keluarga setakat pagi ini dan berlindung di PPK Selagon.

Sekretariat itu dalam kenyataan memaklumkan sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di daerah itu.

-- BERNAMA 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan