WILAYAH - TIMUR > BERITA

LELAKI MAUT DIHEMPAP POKOK DI PASIR PUTEH

20/04/2025 12:00 AM

KOTA BHARU, 19 April (Bernama) -- Seorang lelaki tempatan ditemukan maut selepas ditimpa pokok tumbang di Kampung Kuala Semerak, Pasir Puteh, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada Balai Polis Cherang Ruku kira-kira 3 petang.

Susulan maklumat yang diterima, sepasukan pegawai polis dari Balai Polis Cherang Ruku dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota mendapati mayat mangsa berada dalam keadaan terbaring di bawah sebatang pokok yang tumbang.

“Hasil pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaizul Rizal berkata kematian mangsa disahkan oleh pihak Klinik Kesihatan Cherang Ruku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pemangku Ketua Polis Balai Cherang Ruku Sarjan Zukiman Ismail di talian 018-3650449 atau Bilik Gerakan IPD Pasir Puteh di 09-786 7222.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan