WILAYAH - SARAWAK > BERITA

KERAJAAN LULUS RM3 JUTA TAMBAH BAIK HOSPITAL UMUM SARAWAK - FADILLAH 

18/04/2025 11:15 PM

KUCHING, 18 April (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta bagi menambah baik serta menaik taraf Hospital Umum Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf fasiliti hospital serta inisiatif perolehan aset.

“Usaha tambah baik hospital ini bukan hanya kita lakukan untuk keselesaan para pekerja hospital semata-mata tetapi juga untuk pesakit yang mengunjungi hospital.

“Setelah berbincang dengan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri kita setuju untuk memberikan peruntukan itu,” katanya semasa berucap pada majlis ‘Speta Beraya’ Hospital Umum Sarawak di sini, malam ini.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan