WILAYAH - SARAWAK > BERITA

LELAKI OKU DITEMUKAN LEMAS DALAM KOLAM

18/04/2025 04:16 PM

KOTA BHARU, 18 April (Bernama) -- Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) lembam ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam kolam berhampiran rumahnya di Kampung Binjai, Machang, semalam.

Ketua Polis Daerah Machang Supt Ahmad Shafiki Hussin berkata laporan berhubung kematian mangsa berusia 29 tahun itu dibuat di Balai Polis Pulai Chondong pada 10.16 malam tadi.

“Lelaki itu dibawa ke Hospital Machang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Shafiki berkata pemeriksaan fizikal terhadap mangsa mendapati tiada kesan kecederaan berunsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan