WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PM ANWAR RAFAK SEMBAH TAHNIAH SEMPENA JUBLI PERAK PEMERINTAHAN RAJA PERLIS

17/04/2025 10:58 PM

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, sempena sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda hari ini.

Menerusi catatan di Facebook, Anwar mendoakan ke hadrat Allah SWT semoga Tuanku Syed Sirajuddin serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

"Semoga Duli Tuanku kekal qarar memerintah rakyat negeri Perlis Indera Kayangan dengan adil dan saksama. Daulat Tuanku," kata beliau.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan