SUKAN > BERITA

FMI 2025 HIMPUN JAGUH MUAY THAI ENAM NEGARA

10/05/2025 08:14 PM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kelab Muaythai Kala Merah (KMKM) dengan kerjasama Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) dan Persatuan Muaythai Kuala Lumpur (PMKL) akan menganjurkan kejohanan ‘Fightnight Muaythai International’ (FMI) 2025 di Stadium Titiwangsa di sini, pada 24 Mei ini.

Pengerusi KMKM Datuk Hairudin Yunos berkata FMI 2025 bakal menghimpunkan penyertaan lebih 250 atlet Muay Thai amatur dan 18 atlet profesional antarabangsa dari enam negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura, Iran dan Yaman.

Katanya kejohanan julung kali dianjurkan itu bukan sekadar medan pertempuran sukan tetapi juga sebuah pentas perpaduan, pembangunan industri sukan dan promosi pelancongan sukan, selain turut dapat membuka ruang untuk bakat tempatan menyerlah ke peringkat lebih tinggi.

“Kejohanan ini dijangka menarik lebih 5,000 pengunjung termasuk atlet, pegawai teknikal, NGO, penaja dan peminat sukan tempatan serta antarabangsa.

“Fight Night ini adalah kejohanan sebenar bukan sekadar mencari publisiti. Kami menjanjikan barisan fighter terbaik dengan latar belakang kukuh dari kelab-kelab yang hebat di dalam dan luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Hairudin berkata pihaknya menjalin kerjasama erat dengan semua agensi berkaitan bagi memastikan FMI 2025 dianjurkan secara profesional, selamat dan memenuhi standard kejohanan berprestij antarabangsa.

Peminat dan orang ramai boleh mendapatkan tiket ke FMI 2025 secara dalam talian di https://www.ticket2u.com.my.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan