SUKAN > BERITA

TANG JIE-WEN TSE SANDARAN TERAKHIR NEGARA DI TAIWAN

09/05/2025 09:09 PM

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Chan Wen Tse muncul satu-satunya wakil Malaysia yang layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan 2025 selepas menewaskan pasangan Indonesia Bobby Setiabudi-Melati Daeva Oktavianti, hari ini.

Dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di Arena Taipei, pasangan negara yang bakal berpisah selepas Kejohanan Masters Malaysia itu hanya mengambil masa 28 minit untuk mencatat kemenangan straight set 22-20, 21-10.

Tang Jie-Wen Tse yang merupakan pilihan ketujuh kejohanan bakal berdepan cabaran getir di separuh akhir apabila menentang pilihan keempat Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dari Indonesia bagi merebut slot ke final.

Bagaimanapun, langkah satu lagi beregu campuran negara Loo Bing Kun-Toh Ee Wei terhenti selepas tewas dalam pertarungan tiga set kepada pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Siti Fadia Silva Ramadhanti, 22-20, 17-21, 12-21.

Dalam acara perseorangan lelaki, Justin Hoh terkandas di suku akhir selepas tunduk kepada pemain tuan rumah Wang Tzu Wei 13-21, 15-21 dalam masa 44 minit manakala perseorangan wanita K. Letshanaa turut gagal mara selepas tewas kepada pemain Korea Selatan Sim Yu Jin dalam aksi tiga set, 16-21, 21-13, 15-21.

-- BERNAMA 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan