SUKAN > BERITA

BEBERAPA LALUAN DITUTUP, DILENCONG SEMPENA KL OCBC CYCLE MULAI 6 PAGI ESOK

26/04/2025 09:24 PM

KUALA LUMPUR, 26 April (Bernama) -- Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan melakukan penutupan dan lencongan jalan raya di beberapa laluan yang terlibat dengan perlumbaan berbasikal Kuala Lumpur OCBC Cycle 2025, bermula 6 pagi esok.

Ketua JSPT Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata 160 pegawai dan anggota polis bersama 20 petugas dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan terlibat mengawal lalu lintas dan laluan yang terkesan dibuka semula secara berperingkat selepas acara selesai.

“Antara laluan yang terlibat ialah bermula di Dataran Merdeka - Jalan Raja - Jalan Raja Laut - Jalan Dang Wangi - SOGO - Jalan Tuanku Abdul Rahman - Jalan Tun Perak - Lebuh Ampang - Jalan Munshi Abdullah -Jakel - Petron - Jalan Dang Wangi - Air Terjun Bukit Nanas - Jalan Ampang.

“Peserta akan turut melalui Jalan Sultan Ismail - Jalan Raja Chulan - Jalan Conlay - Hotel Pullman -Hotel Royal Chulan seterusnya Sunway Putra Mall - Jalan Tun Ismail - Jalan Tun Ismail serta akan melalui Bulatan Sultan Hishamuddin - Susur Masjid Negara - Terowong Bukit Aman - Jalan Sultan Hishamuddin - Jalan Raja sebelum berakhir kembali ke Dataran Merdeka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Zamzuri berkata perlumbaan berbasikal kali kesembilan itu dijangka menarik penyertaan 3,000 peserta berbilang bangsa dari dalam dan luar negara, yang akan melengkapkan dua pusingan dengan jarak keseluruhan 50 kilometer bagi kategori criterium.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif yang disediakan bagi mengelakkan kesesakan dan patuhi arahan polis trafik yang bertugas serta papan tanda penutupan jalan demi kelancaran acara dan keselamatan bersama.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan untuk sentiasa bersabar, bertimbang rasa serta mematuhi peraturan lalu lintas sepanjang acara berlangsung. Maklumat lanjut boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267,” katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan