SUKAN > BERITA

KEJOHANAN GOLF MALAYSIA KANAK-KANAK AS JADI MEDAN UJIAN PEMAIN REMAJA NEGARA

08/04/2025 10:24 PM

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Pemain golf muda terbaik dari 16 negara bakal berentap pada edisi kedua Kejohanan Golf Malaysia Kanak-Kanak Amerika Syarikat (AS) 2025 di Kelab Golf & Country Glenmarie dari 9 hingga 11 April ini.

Kejohanan anjuran SportExcel yang mendapat sokongan pelbagai penaja itu menjadi platform untuk pemain muda terbaik negara menguji kekuatan mereka menentang pemain antarabangsa, di samping merebut peluang melayakkan diri ke Kejohanan Golf Remaja Dunia pada bulan Julai depan.

Pengarah Eksekutif SportExcel C. Sivanandan berkata kejohanan ini sangat penting untuk pemain muda negara mempamerkan potensi terbaik mereka, selain mendapatkan pendedahan di peringkat antarabangsa.

“SportExcel melihat kejohanan ini sebagai platform untuk pembangunan pemain di peringkat akar umbi seawal usia lima tahun.

“Pada masa sama, pemain elit boleh menggunakan platform ini untuk melayakkan diri dan bertanding pada kejohanan antarabangsa di serata dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan