SAN FRANCISCO, 22 Mei (Bernama) -- Airwallex, platform pembayaran dan kewangan global terkemuka bagi perniagaan moden, telah melengkapkan pusingan pendanaan Siri F sebanyak AS$300 juta pada penilaian AS$6.2 bilion. Pusingan ini merangkumi AS$150 juta dalam pemindahan saham sekunder. Pelaburan baharu ini, yang menjadikan jumlah keseluruhan pendanaan Airwallex melebihi AS$1.2 bilion, melibatkan Square Peg, DST Global, Lone Pine Capital, Blackbird, Airtree, Salesforce Ventures, serta beberapa dana pencen terkemuka di Australia. Selain itu, Visa Ventures juga menyertai pusingan ini sebagai pelabur strategik. Airwallex akan menggunakan modal tambahan ini untuk mengembangkan infrastruktur globalnya ke pasaran baharu, serta terus menaik taraf perisian bagi memperkasakan perniagaan untuk beroperasi di mana jua, pada bila-bila masa.
“Sistem kewangan global semasa tidak dibina untuk ekonomi yang kini tanpa bersempadan,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airwallex, Jack Zhang. “Terlalu banyak perniagaan masih terhalang dengan infrastruktur legasi yang perlahan, mahal, dan berpecah-belah. Di Airwallex, kami sedang membina asas baharu untuk ekonomi global—asas yang pantas, lancar, dan dibina untuk skala besar. Pelaburan ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan kami untuk mentakrifkan semula perbankan global, serta memberi kuasa kepada perniagaan di seluruh dunia untuk berkembang tanpa had.”
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial