MALAYSIA TUAN RUMAH ACARA SAMPINGAN WHA78: KOMITMEN GLOBAL TERHADAP KESIHATAN MULUT DALAM AGENDA PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT (NCD)

20/05/2025 12:41 PM

PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Malaysia buat julung kalinya menjadi tuan rumah acara sampingan sempena dengan Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) kali ke-78 (WHA78) yang telah berlangsung pada 19 Mei 2025 di Geneva, Switzerland dan jam detik 1.00 pagi waktu Malaysia (20 Mei 2025). Acara ini yang bertajuk ‘Kiraan Detik Menuju Mesyuarat Tahap Tinggi Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD): Dari Bangkok Ke New York’ dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dengan tema “Memajukan Liputan Kesihatan Sejagat (UHC) Untuk Kesihatan Mulut Menjelang 2030”.

Penganjuran ini merupakan hasil kerjasama strategik antarabangsa melibatkan negara Bahamas, Mesir, Perancis, Filipina, dan Thailand, bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), FDI World Dental Federation, University College London serta Village Research.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan