IEEE MEMBERI SOKONGAN STRATEGIK DALAM USAHA INDONESIA MEMPERKENALKAN PERATURAN REKA BENTUK MESRA USIA YANG PERTAMA DI ASIA

19/05/2025 03:30 PM

PISCATAWAY, New Jersey, 19 Mei (Bernama) -- Persatuan Piawaian IEEE (IEEE SA), iaitu organisasi pembangunan piawaian berasaskan konsensus global di bawah IEEE, badan profesional teknikal terbesar di dunia yang berdedikasi memajukan teknologi demi kesejahteraan manusia mengumumkan kejayaan kerjasamanya dengan penggubal dasar dalam penggubalan Peraturan Kerajaan Indonesia yang baharu diluluskan, iaitu Tadbir Urus Sistem Elektronik dalam Perlindungan Kanak-Kanak.

Berdasarkan inisiatif dan piawaian IEEE yang memfokuskan kepada tadbir urus data kanak-kanak dan reka bentuk mengikut kesesuaian umur, IEEE SA telah menyumbang kerangka kerja penting dalam membimbing reka bentuk platform dan sistem Internet yang sesuai mengikut umur sepanjang proses pengawalseliaan di Indonesia. Peraturan ini merupakan yang pertama seumpamanya di Asia dan Global Selatan, yang memperkenalkan keperluan yang boleh dikuatkuasakan kepada platform digital bagi melindungi privasi, keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak sebagai pendekatan menyeluruh dan berkesan terhadap isu ketagihan dalam talian dalam kalangan kanak-kanak. Pelaksanaan peraturan bersejarah ini oleh Indonesia menandakan satu langkah penting dalam perlindungan kanak-kanak di alam maya peringkat global.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan