PENJELASAN BERKENAAN ISU BIL TERPERINCI (ITEMISED BILLING) KLINIK PERUBATAN SWASTA

19/05/2025 12:16 PM

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berhubung kekeliruan yang timbul susulan kenyataan berkaitan kewajipan penyediaan bil terperinci (itemised billing) oleh klinik perubatan swasta. Sesi TikTok Live tersebut berlangsung pada 14 Mei 2025 (Rabu) dengan topik ‘Mitos dan Fakta’ Pemaparan Harga Ubat, merupakan suatu sesi penerangan kepada orang awam berkenaan pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat di fasiliti kesihatan swasta dan farmasi komuniti.

Hak pesakit untuk mendapatkan bil terperinci merupakan perkara yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) 2006. Penyediaan bil terperinci hanya wajib dilaksanakan atas permintaan pesakit (mandatory upon request) tanpa sebarang caj tambahan, bagi memudahkan pemahaman tentang butiran caj perkhidmatan, rawatan dan ubat-ubatan yang diterima.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan