BEIJING, 15 Mei (Bernama) -- Terletak di San Salvador, Perpustakaan Negara El Salvador – sebuah projek mega bantuan China – telah menjadi mercu tanda budaya moden di ibu kota sejak perasmiannya pada akhir 2023.
Meliputi kawasan seluas 24,000 meter persegi, perpustakaan ini dibuka 24/7 dan mempunyai lebih daripada 360,000 jilid. Ia berfungsi dalam pelbagai kapasiti, termasuk pendidikan belia, pameran seni, persembahan budaya dan persidangan akademik.
Perpustakaan ini merupakan salah satu daripada lebih 200 projek infrastruktur yang telah disokong oleh China di negara-negara Amerika Latin dan Caribbean (LAC) dalam beberapa tahun kebelakangan ini, seperti yang dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya di majlis pembukaan mesyuarat peringkat menteri keempat Forum China-CELAC (Komuniti Negara Amerika Latin dan Caribbean) di Beijing pada hari Selasa.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial