LARIAN GENERALI MALAYSIA 2025 SATUKAN RIBUAN PESERTA UNTUK CETUS PERUBAHAN DEMI KESIHATAN DAN KOMUNITI

14/05/2025 11:24 AM

PUTRAJAYA, 14 Mei (Bernama) -- Larian Generali Malaysia 2025 edisi kedua anjuran Generali Malaysia melabuhkan tirai dengan jayanya pada 11 Mei 2025 di Dataran Wawasan, Putrajaya, dengan kehadiran lebih 10,000 pelari yang penuh bersemangat. Dengan tema “Melangkah Jauh, Cetus Perubahan” (“Step Up, Spark Change”), acara ini memperkukuh komitmen Generali Malaysia dalam mempromosikan gaya hidup sihat serta memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik melalui sumbangan yang bermakna.

Daripada pelari baharu hinggalah atlet berpengalaman, para peserta mengambil bahagian dalam kategori 6km, 12km dan 21.1km. Acara ini turut meraikan pencapaian luar biasa peserta dalam kategori kompetitif 12km dan 21.1km, dengan mengiktiraf pelari terbaik atas dedikasi, ketabahan, dan kecemerlangan atletik mereka.

 

Untuk teks penuh, klik di sini


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan