BUKIT JALIL, 29 April (Bernama) -- Dalam lonjakan besar ke arah pemerkasaan ekonomi digital Malaysia, khususnya bagi menyokong inisiatif Aset Digital Kerajaan, MIMOS Berhad hari ini mengumumkan pengoperasian Malaysia Blockchain Infrastructure (MBI), sebuah platform neutral yang boleh dipercayai untuk perkhidmatan dan inovasi digital merentasi pelbagai sektor. Ini menjadikan ia satu detik bersejarah dalam kemajuan teknologi negara apabila MBI muncul sebagai inovasi strategik dan menjadi komponen utama dalam Pelan Hala Tuju Blockchain Kebangsaan serta selari dengan visi Malaysia MADANI. MBI dibangunkan untuk menjadi pemangkin kepada daya kreativiti, mewujudkan persekitaran di mana pembangun dan inovator dapat meneroka serta membangunkan aplikasi blockchain yang canggih, berimpak tinggi, dan transformasi rentas industri.
Penubuhan MBI merupakan pemangkin utama dalam kemajuan digital negara, yang dibangunkan khusus untuk menggalakkan integrasi digital mampan dan menyokong pembinaan infrastruktur digital kebangsaan yang menyeluruh dan bersedia untuk masa hadapan. Inisiatif ini dipacu oleh MIMOS melalui kerjasama strategik bersama rakan dan penyumbang utama, MyEG, yang menzahirkan komitmen bersama dalam mempercepatkan agenda transformasi digital dan inovasi negara.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial