BOSTON, 11 April (Bernama) -- Gradiant, sebuah peneraju global dalam bidang rawatan air dan air sisa canggih, hari ini mengumumkan bahawa penyelesaian ForeverGone mereka telah diberikan anugerah Emas di Edison Awards 2025. Pengiktirafan berprestij ini menyerlahkan kepimpinan Gradiant dalam inovasi kemampanan dan teknologi, yang mengukuhkan komitmen mereka untuk menangani pencemaran PFAS, iaitu salah satu cabaran alam sekitar dunia yang paling genting.
Bahan per- dan polifluoroalkil (PFAS), atau "bahan kimia abadi," merupakan bahan kimia sintetik yang tegar yang ditemui dalam air sisa perindustrian, bandar dan kambus tanah. Dengan kaitannya dengan risiko kesihatan yang serius seperti kanser, gangguan imun dan isu pembangunan, PFAS telah menjadi krisis kesihatan awam global. ForeverGone daripada Gradiant menjadi penyelesaian tersepadu pertama dalam industri yang bukan sahaja menghapuskan PFAS daripada sumber sir tercemar tetapi juga memusnahkan PFAS di tapak, tanpa risiko melepaskan bahan kimia bertoksik itu kembali ke alam sekitar.
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial