POLITIK > BERITA

FUZIAH RASMI KONGRES AMK, WANITA PKR

21/05/2025 07:36 PM

JOHOR BAHRU, 21 Mei (Bernama) -- Setiausaha Agung PKR Dr Fuziah Salleh diberikan mandat untuk merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Wanita, malam esok.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas dicadangkan oleh Presiden parti yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan penolakan Timbalan Presiden Datuk Seri Rafizi Ramli untuk berbuat demikian.

“Ada beberapa nama yang dicadangkan untuk merasmikannya setelah kita tidak dapat Timbalan Presiden. Selepas itu, Presiden mencadangkan Setiausaha Agung (merasmikan Kongres AMK dan Wanita) memandangkan tidak bertanding (dalam pemilihan Majlis Pimpinan Pusat).

“Bila kita bertanding, kita rasmikan...macam tak kena. Kalau Timbalan Presiden tak apa sebab itu adalah tradisi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kongres AMK dan Wanita sepatutnya dirasmikan Timbalan Presiden, namun Rafizi yang juga Menteri Ekonomi telah menolak undangan melalui satu surat kepada Anwar.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan