TAPAH, 21 April (Bernama) -- Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan untuk menghayati formula “ABCDE” pada fasa akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Ketua Sekretariat War Room UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata formula itu, merangkumi lima elemen iaitu (A) aktiviti kempen yang konsisten, (B) kerjasama bersepadu dalam kalangan jentera, (C) calon tepat dan berwibawa, (D) data pengundi yang lengkap dan terperinci serta (E) kawalan emosi yang matang sepanjang tempoh berkempen.
“Formula ini sekiranya diamalkan, bakal menjadi kunci kejayaan dalam mana-mana pilihan raya,” katanya kepada Bernama ketika berkempen bersama calon BN Dr Mohamad Yusri Bakir, di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Jeram Mengkuang di sini hari ini.
Ahmad berkata jentera parti juga perlu memastikan pengundi tanpa mengira latar belakang kaum keluar mengundi pada 26 April ini, kerana setiap undi penting dalam memastikan BN mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning.
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohamad Yusri, calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) Bawani KS.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial