POLITIK > BERITA

PRK AYER KUNING: SEMUA 24 BAHAGIAN MCA PERAK BANTU KEMPEN CALON BN

11/04/2025 07:25 PM

TAPAH, 11 April (Bernama) -- Kesemua 24 bahagian MCA di Perak digerakkan bagi membantu memenangkan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata parti itu akan menggunakan pelbagai kaedah untuk menambat hati pengundi di kawasan DUN berkenaan.

“Terdapat pelbagai cara kerana pada masa ini tidak hanya terhad kepada kempen dari rumah ke rumah. Media sosial adalah satu daripadanya, selain sudah tentunya pendekatan peribadi juga amat penting, kita tidak boleh mengabaikan mana-mana pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Bilik Gerakan MCA untuk kempen PRK Ayer Kuning di Bidor dekat sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Mah Hang Soon serta Naib-Naib Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, Datuk Lim Ban Hong dan Datuk Lawrence Low Ah Keong.

BN mempertaruhkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, 58, dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 26 April, dengan hari penamaan calon pada esok dan pengundian awal pada 22 April.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan