KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini apabila pelabur beralih kepada aset selamat walaupun Bursa Komoditi New York (COMEX) mengalami penurunan, kata penganalisis.
Kontrak semerta bulan Mei 2025 meningkat kepada US$3,218.10 setiap auns troy daripada US$3,174.80 dan Jun 2025 menokok kepada US$3,232.0 daripada US$3,187.80 ketika ditutup semalam.
Kontrak Julai 2025, Ogos 2025 dan Oktober 2025 naik kepada US$3,245.7 setiap auns troy daripada US$3,201.50.
Jumlah dagangan merosot kepada 283 lot daripada 567 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 49 kontrak daripada 601 kontrak sebelumnya.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 15 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,191.05 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial