PASARAN > BERITA

BELIAN SAAT AKHIR DORONG BURSA MALAYSIA DITUTUP SEDIKIT TINGGI

14/05/2025 08:10 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dapat mengekang penurunan awal untuk ditutup tinggi pada Rabu, didorong belian pada saat-saat terakhir di seluruh papan, kata penganalisis.

Beliau berkata prestasi itu turut disokong oleh jumlah dagangan melebihi purata sekali gus mencerminkan sentimen pasaran yang baharu.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.12 mata atau 0.07 peratus untuk ditutup pada 1,583.51 daripada 1,582.39 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.84 mata lebih tinggi kepada 1,583.23 dan bergerak mencecah paras terendah 1,573.44 pada sesi awal  dan kemudian meningkat kepada paras tertinggi 1,583.67 pada sesi dagangan petang.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 762 berbanding 360, manakala 449 kaunter tidak berubah, 824 kaunter tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.20 bilion unit bernilai RM3.29 bilion daripada 4.16 bilion unit bernilai RM4.48 bilion pada Selasa.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama meneruskan aliran meningkat susulan penangguhan perang perdagangan selama 90 hari antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Oleh yang demikian, kami mendapati wujudnya keyakinan baharu dan penangguhan itu memberikan sedikit kelegaam kepada para pelabur.

“Kita berharap ketegangan perdagangan itu terus reda dan akan meningkatkan sentimen pelabur global di samping memberi manfaat kepada pasaran ekuiti Malaysia, memandangkan kedudukannya yang strategik dalam aliran pembuatan rentas sempadan,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Thong menjangkakan FBM KLCI akan berada dalam aliran berjulat 1,560 hingga 1,600 untuk baki tempoh minggu ini.

Antara kaunter berwajaran tinggi, Maybank kekal pada RM10.20, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.53, CIMB susut tujuh sen kepada RM7.24, Tenaga Nasional turun empat sen kepada RM14.30, dan IHH Healthcare menambah satu sen kepada RM7.06.

Bagi saham aktif, OCR kekal tidak berubah pada 3.5 sen, Notion meningkat enam sen kepada 75.5 sen, SFP Tech naik 1.5 sen kepada 23.5 sen, Widad susut setengah sen kepada tiga sen, Nationgate melonjak 14 sen kepada RM1.77, dan Genetec menokok 13 sen kepada RM1.17.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 39.43 mata kepada 11,836.33, Indeks FBMT 100 menambah 26.46 mata kepada 11,587.11, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 57.19 mata kepada 11,771.05.

Indeks FBM 70 melonjak 111.13 mata kepada 16,872.91 manakala Indeks FBM ACE menambah 65.92 mata kepada 4,791.00.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.13 mata kepada 18,572.79, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 2.32 mata kepada 160.89, Indeks Tenaga menokok 22.21 mata kepada 743.36 dan Indeks Perladangan menambah 10.26 mata kepada 7,357.40.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 2.08 bilion unit bernilai RM2.92 bilion daripada 2.15 bilion unit bernilai RM4.15 bilion semalam.

Dagangan waran susut kepada 1.51 bilion unit bernilai RM181.96 juta daripada 1.64 bilion unit bernilai RM214.76 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 612.45 juta unit bernilai RM191.76 juta daripada 365.0 juta unit bernilai RM117.50 juta sebelumnya.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 251.74 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (334.86 juta), pembinaan (197.52 juta), teknologi (488.36 juta), SPAC (tiada), perkhidmatan kewangan (95.50 juta), hartanah (218.62 juta), perladangan (32.13 juta), REIT (14.19 juta), dana tertutup (19,500), tenaga (217.27 juta), penjagaan kesihatan (63.71 juta), telekomunikasi dan media (74.18 juta), pengangkutan dan logistik (48.79 juta), utiliti (45.39 juta), dan amanah perniagaan (81,800).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan