PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH SUSULAN KEBIMBANGAN PENINGKATAN PENGELUARAN

07/05/2025 09:41 PM

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah bagi hari kedua berturut-turut hari ini susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap peningkatan  pengeluaran dan tahap simpanan stok.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata tekanan yang berterusan terus menjejaskan sentimen pasaran.  

“Kami melihat harga disokong pada RM3,650 setan metrik dan paras ketahanan pada RM3,900 setan metrik,” katanya kepada Bernama. 

Sementara itu, ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM nampaknya tidak mengambil kira pemulihan di pasaran niaga hadapan minyak kacang soya di Chicago Board of Trade (CBOT) semasa waktu dagangan di Asia. 

“Pada masa ini, kita melihat potensi risiko penurunan harga tetapi aktiviti pembelian pada harga rendah dijangka berlaku pada masa yang sama,” katanya. 

Pada sesi penutup dagangan, kontrak Mei 2025 dan Jun 2025 susut RM70 setiap satu masing-masing kepada RM3,725 dan RM3,732 setan metrik, Julai 2025 turun RM64 kepada RM3,728 setan metrik, Ogos 2025 berkurangan RM58 kepada RM3,734 setan metrik, September 2025 jatuh RM46 kepada RM3,741 setan metrik dan Oktober 2025 menyusut RM37 kepada RM3,751 setan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 91,358 lot daripada 70,080 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 234,996 kontrak daripada 233,382 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Mei Selatan turun RM60 kepada RM3,820 setan metrik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan