PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN KLCI TINGGI DALAM DAGANGAN AWAL

14/04/2025 10:41 AM

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pagi ini, mencerminkan kekuatan awal dalam pasaran tunai.

Pada 9.21 pagi, kontrak April 2025 dan Jun 2025, masing-masing naik 24.5 mata kepada 1,472.5 dan 1,467.5, Mei 2025 menambah 23.5 mata kepada 1,470.0 dan September 2025 meningkat 24.0 mata kepada 1,454.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,361 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 38,325 kontrak.  

Sementara itu, FBM KLCI naik 20.99 mata kepada 1,475.75 selepas 42 minit dagangan daripada 1,454.76 pada Jumaat lepas.  

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan