KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Tiga beranak mengalami sesak nafas selepas kediaman mereka di tingkat 16 sebuah pangsapuri di Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Sungai Buloh, Selangor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 6.36 pagi.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi dan tiba dalam tempoh 10 minit sebelum operasi pemadaman dikawal sepenuhnya pada 7.05 pagi.
“Kebakaran melibatkan sebuah unit kediaman seluas kira-kira 1,200 kaki persegi di tingkat 16 yang musnah kira-kira 80 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata ketiga-tiga mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 54 tahun dan dua anak lelakinya dalam lingkungan usia 20-an berjaya menyelamatkan diri sebelum pasukan bomba tiba dan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial