DUNIA

China Sokong Pakistan, India Tangani Perselisihan Menerusi Dialog

21/05/2025 02:39 PM

BEIJING, 21 Mei (Bernama-CMG) – China mengalu-alukan dan menyokong Pakistan dan India menangani perselisihan menerusi dialog, mencapai persetujuan gencatan senjata secara menyeluruh dan berkekalan serta menemui penyelesaian tuntas.

Menteri Luar China Wang Yi berkata demikian  ketika berbincang bersama Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Pakistan Ishaq Dar di sini pada Selasa.

Wang berkata China kekal konsisten dengan pendirian menyokong usaha Pakistan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan keutuhan wilayah, menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri serta kesungguhannya memerangi keganasan.

Selain terus mendukung peranan dimainkan Pakistan dalam urusan antarabangsa dan serantau, China komited untuk memantapkan perkongsian kerjasama strategik sepanjang masa yang terjalin antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Dar menzahirkan penghargaan terhadap sumbangan dibuat China dalam menggerakkan pelaksanaan gencata senjata dan proses perdamaian.

Beliau turut menyatakan kesediaan pihaknya untuk meneruskan perbincangan dan dialog dengan India ke arah meredakan situasi.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan